Memperkenalkan Steemit kepada business partner

Minggu nie aku sudah ada tiga sesi memperkenalkan Steemit kepada rakan. Setakat nie sesi perkenalan kepada Steemit berjalan lancar. Majority yang mendengar berkenaan Steemit, mesti akan signup on-the-spot.

Mengikut jadual, hari nie aku ada perbincangan bersama business partner berkenaan project yang akan berjalan di Johor pada bulan 6. Jadi perlu finalize semua requirement sebelum boleh mula untuk order semua hardware & software yang diperlukan.

Perbincangan dibuat di sebuah restoran yang terletak berdekatan Symphony House, Ara Damansara. Restoran nie baru sahaja dibuka. Katanya, baru dua bulan beroperasi. Selesai perbincangan, kami terus memesan makanan untuk makan petang di sana.

Sebelum makan, aku keluarkan handphone dan mula mengambil gambar makanan. Melihat kerenah aku, business partner aku pun bertanya kenapa aku beria-ria mengambil gambar. Jadi, aku pun beritahu yang aku sekarang sedang aktif blogging di Steemit.

Dengan nada hairan, mereka bertanya apa itu Steemit. Seperti biasa, aku akan menerangkan secara asas; buat posting di Steemit dan akan ada chances yang besar post itu akan dibayar.

Seperti biasa, penjelasan ringkas aku berjaya menarik perhatian mereka. Jadi aku nak ucapkan selamat datang kepada:

@wawasabri & @nisaramzi

IMG_20180130_214834.jpg
dari kiri: @kkdxstylo, @nisaramzi & @wawasabri

Untuk pengetahuan, mereka berdua sangat rajin bercuti ke luar negara. @wawasabri memberitahu aku yang mereka akan ke Kunming, China pada tahun nie.

Aku memberi cadangan supaya membuat posting berkenaan percutian mereka. Jadi sama-sama kita tunggu dan lihat posting @wawasabri & @nisaramzi setelah account Steemit mereka approved.


@rosmadirazali

Sort:  

keep the momentum going @rosmadirazali ... thank you for contributing to teammalaysia

I'll do my best to help grow teammalaysia @bitrocker

Want to share piece of the pie with whomever willing too


@rosmadirazali