Hai steemians, ini merupakan post pertama saya dalam bahasa. Tercabar dengan kawan2 berbangsa Cina yang tulis post dalam bahasa..hehe. Apa2 pun belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Tahun Baru Cina untuk semua warga steemians terutama kepada yang berbangsa Cina.
Sempena cuti tahun baru, semalam saya bawa anak2 ke Pantai Remis, Jeram. Dah lama tak bawa anak2 ke pantai, nak pergi ke Port Dickson macam jauh sangat dan pastinya ramai orang. Jadi yang paling dekat dengan Lembah Klang, selain Pantai Morib atau Bagan Lalang, ialah Pantai Remis. Lagipun memang saya dah plan dengan kawan2 yang lain untuk bawa anak2 kami ke sana. Untuk yang tak tahu mana Pantai Remis ni, ia terletak lebih kurang 25-30KM dari Shah Alam.
Sampai je di Pantai Remis, kami agak terkejut dengan kehadiran begitu ramai pengunjung. Sampai nk jalan dan cari parking pun susah. Selalunya bila kami ke sana, orang x lah ramai sangat..ye lah mungkin sebab cuti panjang. Orang asing macam Bangladesh pun penuh tengah syok bergambar kat tepi pantai.
Sementara tunggu cuaca reduh untuk main layang2, kami lepak minum kejap kat medan selera. Sebabkan perut lapar, saya pesan menu mentarang rebus. Sebenarnya ini kali pertama saya makan mentarang, tak sangka rasanya sedap giler. Mungkin yang masak ni pandai caranya, jadi x rasa hanyir. Rasa macam tiram pun ada. Kenal ke macammana rupa mentarang? Haa ni saya share gambar..sepinggan RM20 gak tuu...fuh!
Bila cuaca dah redup sikit, barulah boleh bawak anak2 main layang2. Yang bestnya saya bawak layang2 sdiri yang saya dah beli tahun lepas dekat Mr Diy. Haha..jimat sebab kalau beli kat pantai ni biasanya memang mahal la.
Ok berbalik kepada tajuk asal post ni, sebenarnya agak terkilan dan sedih bila tengok keadaan persekitaran pantai yang tak terjaga. Dari pondok rehat, taman permainan hinggala ke medan selera, kalau bagi rating rasanya 4/10 je. Kalau dari segi kebersihan saya x berani komen, sebab kebersihan patutnya jadi tanggungjawab kita bersama. Tapi dari segi penyediaan kemudahan dan penjagaan persekitaran, sepatutnya pihak berkuasa tempatan mengambil langkah yang lebih proaktif.
Sayang sekali, dengan jumlah pantai yang sangat terhad di lembah klang, pihak berwajib sepatutnya melakukan sesuatu untuk memelihara pantai yang ada. Dengan keadaan yang daif macam sekarang pun pengunjung masih lagi berpusu-pusu ke pantai, bayangkan jika ianya dijaga dengan baik...pasti lebih ramai yang akan mengunjungi dan secara tak langsung akan membantu ekonomi penduduk disekitar kawasan pantai.
Bagi saya, x perlu pantai yang putih dan cantik seperti Pulau Perhentian semata2 utk bawa keluarga menghargai alam dan untuk berehat dari kesibukan kota. Cukup sekadar tepian laut yang terjaga, bersih dan lengkap dengan kemudahan..pastinya pengunjung akan merasa lebih selesa untuk berekrerasi.
Saya harap suatu hari ada perubahan yang positif yang berlaku di Pantai Remis, amat rugi jika ianya makin lama makin suram dan tenggelam.
Trip kami semalam diakhiri dengan makan malam di Aroma Ikan Bakar, salah satu restoran ikan bakar yang terkenal disini.
Apa yang penting, kami dapat luangkan masa yang berharga bersama keluarga dan kawan2. Bila tengok wajah anak2 gembira, hilang segala penat bekerja siang malam cari duit untuk mereka, kan?
Nota kaki: Maaf kalau bahasa saya agak tunggang langgang...seriously dah lama sangat x menulis dalam bahasa. :)
Kami upvote..
Terima kasih @puncakbukit
artikel yang mudah difahami.. keep on steemit!! kita semua sama.. 🤘
Congratulations @nicky1003! You received a personal award!
Click here to view your Board
Congratulations @nicky1003! You received a personal award!
You can view your badges on your Steem Board and compare to others on the Steem Ranking
Vote for @Steemitboard as a witness to get one more award and increased upvotes!