Ok, hari ini saya ingin kongsikan cara bagaimana untuk membeli altcoins yg berpotensi di pasaran (markets)
Ada beberapa cara untuk mengkaji token dan coin yang baru di pasaran.
- CoinMarketCap.com
Di sini, anda boleh membuat kajian ttg kebanyakan coin dan token yang berada di pasaran. Setiap coin akan disusun berdasarkan market capitalization (nilai pasaran berdasarkan jumlah keseluruhan coin dan harga semasanya )
Sebagai contoh - Bitcoin pada masa ini harganya adalah $16920.50 dan terdapat 16,783,437 Bitcoin diedarkan dalam pasaran, jadi jumlah market cap nya adalah = $283,984,145,758.50
Untuk contoh seterusnya, kita gunakan Autonio dgn simbol $NIO
Bila research sesuatu altcoin, beberapa perkara yang saya akan perhatikan adalah:
1 - Circulating Supply & Total Supply
2 - Volume untuk tempoh 24 jam terakhir
3 - Historical Data ( Di sini anda dapat melihat prestasi coin berkenaan sepanjang berada di dalam pasaran. Semakin besar volume nya bermakna lebih mudah untuk anda membeli atau menjual coin ini.
4 - Markets - di sini kita boleh tahu di mana untuk urusan jual beli coin ini. Semakin banyak biasanya semakin elok.
5 - Social - untuk melihat berapa aktif komuniti tersebut.
6 - Announcement thread di Bitcointalk
7 - Chat (Biasanya Telegram)
8 - Website - Apabila berada di website coin yang kita sedang kaji tadi, cari whitepaper & baca. Kenal pasti apa masalah yang ingin diselesaikan & adakah anda yakin developer team mampu meyakinkan anda bahawa mereka dapat menyelesaikannya dengan membaca whitepaper tadi.
9 - Cuba perhatikan team member yang disenaraikan, adakah setiap team member mempunyai akaun sosial masing-masing seperti Twitter atau LinkedIn. Abaikan jika anda tidak menjumpai info berkenaan team member untuk coin yang anda kaji.
10 - Video penerangan - Adakah projek berkenaan mempunyai video yang menerangkan tentang apa yang mereka cuba lakukan.
Di sini saya sertakan serba sedikit review berkenaan Autonio
Apabila anda perhatikan website Autonio ini, anda akan tahu bahawa mereka mempermudahkan cryptocurrency trading dengan menggunakan Artificial Intelligence (AI). Dan software berkenaan telahpun mereka berjaya hasilkan dan ramai yang telah menggunakan untuk trading cryptocurrency dengan bantuan AI.
Dan jika anda masuk ke dalam telegram group Autonio, anda dapat melihat yang 1,000 pengguna pertama software berkenaan diberikan akses percuma yang bernilai sebanyak $50.
Autonio Live Trading
Anda boleh menggunakan akaun LIVE dari Bitfinex, Kraken, Bittrex, Bitstamp & QuadriqaCX. Jika masih ingin cuba-cuba, boleh gunakan balance demo dulu. Selepas anda cuba beberapa kali & setting yang digunakan membuahkan hasil yang positif, makanya, bolehlah trade Live Account dengan real balance anda di mana-mana exchange yang anda gunakan.
Ubah Setting untuk menambah API dari Exchange yang anda ingin gunakan.
Setiap exchange mempunyai API masing-masing, jadi anda kenala godek sendiri di bahagian setting exchange berkenaan untuk mendapatkan API nya.
Backtest
Sebelum menggunakan Live Trading, pastikan anda cuba buat back test dulu. Kalau yang pernah guna robot atau Expert Advisor untuk trading Forex, mesti ada idea mcm mana nak guna software ni, hehe.
Algorithm Marketplace
Di sini anda boleh beli algorithm dari user lain yang mencapai sekurang-kurangnya 20% ROI. Kalau tak jumpa setting yang profitable, bolehlah laburkan $10 untuk beli algo yang dijual.
Rumusan
Autonio merupakan sebuah projek genuine yang mempunyai software yang boleh digunakan dan nilai tokennya sentiasa menurun kerana token yang digunakan untuk bayaran bulanan akan di"burn" dan ditolak dari jumlah token dalam edaran.
Untuk mendapatkan Autonio, bolehlah dapatkannya di
Pastikan anda sertai group telegram Autonio untuk update terkini berkenaan projek mereka.
terbaik.. ini automatic trading eh?
Ya tuan. Yg NI Auto trade. Adjust setting & biarkan software run je. Cuba la ok. Rasanya ada lg yg diorg bg subscription percuma sebulan pertama.
@originalworks
The @OriginalWorks bot has determined this post by @khusairy to be original material and upvoted it!
To call @OriginalWorks, simply reply to any post with @originalworks or !originalworks in your message!