Terkeliru post blog yang tiada orang baca, tetapi upvote dapat tinggi
Kawan-kawan sekalian. Hari ini saya ingin buat perkongsian ilmu penggunaan upvote bot(robot yang memberi upvote). Sebelum kita mula, pernahkah kamu selalu teringat ada orang yang buat post blog yang tidak beberapa menarik, tetapi dapat upvote yang tinggi? Pernahkah kamu berasa keliru, akibat post blog yang tidak beberapa menarik, cuma ada kurang daripada 10 orang baca, tetapi ada upvote yang beratus-ratus? Dimana datang orang yang begitu senang buat upvote tetapi tidak baca kandungan post blog?
Siapa penjual
Rupanya, upvote boleh dibeli. Sekiranya ada entiti mempunyai Steem Power(SP) kuasa pengaruh yang tinggi, maka dia boleh menggunakan kuasa upvotenya untuk mempengaruhi post blog orang lain. Sesetangah orang yang berpangkat Orca(Paus Pembunuh - SP 100 ribu keatas) ataupun Whale(Paus - SP 500 ribu keatas) mengambil kesempatan minnow(SP1000 keatas) dan Plankton(SP1000 kebawah), untuk menjualkan upvote mereka dengan Steem Dollar(SBD) atau Steem sebagai ganjaran.
Perkhidmatan upvote yang dijual
Mari kita membezakan beberapa jenis upvote bot yang berada di pasaran, dan bagaimana kita boleh menggunakan mereka dengan cermat supaya pengguna-pengguna tidak rugi kuat.
Bidding upvote bot - Sistem ini mengunnakan cara lelong untuk menjual upvote secara pembidaan. Setiap kali lepas upvote semua, sistem akan tergendala(rehat) buat masa 2 jam 20 minit, untuk tumbuh semula kuasa upvote. Di antara 2 jam 20 minit itu, sistem robot akan mengumpulkan semua pembidaan daripada pengguna, pada masa tutup, jumlah SBD/STEEM yang diterima akan dibahagikan mengikut carta pai. Siapa yang "derma" lebih, maka dia dapat bahagian upvote yang lebih besar. Katakan ada 5 orang buat pembidaan dalam masa "rehat", ada 3 orang buat pembidaan 2SBD, seorang buat pembidaan 3SBD, seorang lagi buat pembidaan 10SBD. Maka, jumlah SBD yang "derma" kepada sistem adalah 19SBD. Sekarang, sistem akan memperbahagikan kuasa upvote daripada 100% ia, oleh itu, orang yang membuat pembidaan 2SBD akan dapat 2/19100 = 10.5%kekuatan upvote. Orang yang membuat pembidaan 3SBD akan dapat 3/19100=15.7% kekuatan upvote. Yang akhir sekali itu orang yang membuat pembidaan 10SBD akan dapat 10/19 * 100=52.63%
Penjualan upvote - Jenis perkhidmatan ini kurang keseronokan berbanding dengan jenis lelong. Jenis robot ini mengambil ganjaran bila² masa, mengikut baki kuasa upvote, terus mengirakan jumlah ganjaran yang diterima, sistem akan cuba membuat upvote yang peling dekat dengan ganjaran yang diterima untuk bayar balik kepada pengguna secara kekuatan upvote. Biasanya, jenis penjualan ini akan menjadikan kerugian sedikit selepas ganjaran kurator ditolakkan. Eh?! Bukannya sudah rugi, kenapa masih ada orang ingin membeli? Mari kita menyelidik selepas ini.
Reblogger - Resteem bot - Jenis perkhidmatan ini adalah program yang menggalakkan pengguna bayar kepada sistem, dan sistem akan memaparkan post blog pengguna kepada FEED yang mempunyai ramai FOLLOWER. Di antara sistem ini, kebanyakkan ada pengikut yang sebilangan dari tiga ribu sehingga puluh ribu. Rasanya bagus, bayar 1SBD, dapat suruh 10ribu orang baca blog kamu. Sekiranya 100 orang baca, kesemuanya upvote dengan 1sen, sudah dapat balik modal 1SBD. Tetapi... bukan kah semua FOLLOWER untuk resteem bot adalah akaun palsu (dummy account)? Saya faham memang ada perkhidmatan resteem yang perlukan penggunanya mengFOLLOWkan resteem bot, kita fikir bukan kah kita sendiri pun buat tidak tahu orang punya post sudah diRESTEEMkan oleh bot? Ada siapa yang betul² masuk dan baca apa yang diresteemkan? Pada pendapat saya, tidak baloi. Tetapi terpulang kepada nasib juga. Mana tahu nanti post blog kamu dinampak oleh PAUS, kena sekali picit upvote sudah kenyang seminggu.
Fasiliti yang canggih dan senang digunakan
Setelah kita belajar beberapa jenis perkhidmatan/jualan/bidaan upvote, mari kita memperkenalkan satu cara pengunaan yang cukup mudah. Kebaikkannya, data kajian/keuntungan, dari sege sesiapa yang sudah membuat pembidaan, berapakah yang setiap individu sudah membida, dan kebarangkalian keuntungan selepas curahan dikeluarkan(pada data masa nyata). Saya ingin memperkenalkan https://steembottracker.com/ kepada kawan-kawan sekalian. Mari kita cuba buat pembidaan upvote, anggapkan ini sebagai pelaburan. Hadkan jumlah yang ingin dilabur dan jangan sekali ingat nak menjadikan ini sebagai perjudian. Di sisi moral ataupun agama, perjudian tidak digalakkan, kerana tingkat laku demikian akan memperdayakan keupayaan pemikiran kita. Mari kita mulakan:
Langkah pertama, kita carikan pembekal perkhidmatan yang sesuai. Di sini saya nampak Levitation tinggal 15 minit sebelum jadual upvote akan diberikan. Mulakan penyelidikan dengan teliti. Semakkan berapa minima pembidaan? Jumlah berapa yang dapat upvote 100%? Adakah pelaburan kita mempunyai peluang tinggi untuk mendapat keuntungan? Setelah semak, kita tekan butang DETAIL di sebelah kanan dalam platform.
Di sini, kita dapat tahu bahawa Levitation sekarang memberi pulangan pelaburan setinggi 1,609.33% yang tinggi. Mula lah saya menjalankan proses pembidaan. Tutupkan tetingkap ini dan alihkan tetikus ke arah kanan untuk mencari SEND BID.
Setelah tetingkap SEND BID dibuka, pilih mana post blog yang ingin diupvote. Post blog yang layak diupvote, semua tajuk ada disenaraikan di bawah tetingkap. Masukkan jumlah pembidaan kamu ingin jikalau tindak ingin mengikut secara lalai. Lepas itu, tekan [Check & Submit].
Mengenalpastikan nama pengguna dan pembekal perkhidmatan adalah betul
Isikan nama pengguna dan katalaluan WIF. Jangan gunakan kunci induk ataupun kekunci siaran. Kamu dinasihati tidak menyimpan katalaluan WIF di dalam pelayar web untuk menlindungi keselamatan peribadi dompet kripto kamu. Setelah semua sudah diisi dengan tepat, tekan [SIGN IN].
Selepas urus niaga selesai, ID transaksi akan diberikan. Sekiranya kamu ingin menyimpan untuk rujukan masa depan, kamu boleh menyimpankan hyperlink ID transaksi tersebut.
Setakat ini, saya tidak pernah menyimpan apa². Sebab semua transaksi sejarah boleh dikesan dari https://steemd.com/@namapengguna Ini contoh yang apa saya melakukan untuk pembidaan upvote
Setelah urusan pembidaan diselesaikan, kita boleh merujuk kepada DETAIL semula dan itu dia, pembidaan saya sudah masuk ke dalam senarai.
Sentiasanya, semua pembekal perkhidmatan upvote akan meninggalkan komen di dalam post blog kita. Jikalau nampak komen macam begini, maksudnya Levitation sudah datang upvote dengan kekuatan 2.04%. Mari kita buat semakan pemulangan pelaburan.
Dengan menggunakan https://steemworld.org/@namapengguna , kamu boleh menyemak berapakan upvote yang dapat dan berapa $ yang upvote tersebut bernilai
Pengiraan pemulangan pelaburan begini:
$0.22 - 25% ganjaran kurator = $0.165
$0.165 * 50% ganjaran pengarang = Steem Dollar (SBD) 0.0825
Ganjaran kuasa pengaruh Steem Power (SP) = 0.0825 / Harga Steem Terkini $3.84 = 0.0214SP
Menukarkan SP kepada SBD = 0.0214SP / Harga penukaran antara STEEM/SBD 0.80 = 0.0171SBD
Maka, pelaburan SBD0.10 lelong ini adalah 0.0825SBD + 0.0171SP. Jumlah = 0.0996SBD
Untuk pemahaman kamu, kenapa memakai perkhidmatan upvote demikian
Setakat ini, saya tidak sengaja membeli/membida upvote untuk post blog saya. Saya sudah buat pengiraan, selalunya walaupun penyelidikan dijalankan sepenuh, walaupun saya pasti pelaburan itu akan dapat untung, tetapi selalu ada orang lain yang suka terjun kereta api pada saat akhir dengan bidaan yang melampau besar. Oleh itu, kebanyakkan bahagian kekuatan upvote telah terdaya kepada bidaan besar. Cuba kita pandang semula apa yang terjadi tadi:
Ini lah akibatnya. Ramai lagi yang tunggu saat terakhir, dan melabur kuat supaya dapat bahagian upvote yang lebih besar. Bukannya saya tidak setujui orang yang pandai buat pembidaan upvote, tetapi saya cuma ingin menggunakan peluang ini memberitahu saudara-saudari sekalian, kecualikan melaburkan upvote untuk tujuan sebagai promosi bagi blog post kamu, bagi post blog ditingkatkan atas trending supaya orang ramai dapat membaca, adanya kemungkinan post kamu diupvote oleh orang ramai. Semoga abang adik Kampung Steemit sekalian berjaya di dalam bidang karangan dan perniagaan Steem kamu. Sekian.
Congratulations, you were selected for a random upvote! Follow @resteemy and upvote this post to increase your chance of being upvoted again!
Read more about @resteemy here.
@davidke20 Post ni sgt detail bro, tapi sy pon masih tak mau beli upvote ni, rasa sgt leceh...
Ingin beli, memang senang. Tekan Send Bid dalam SteemBotTracker. Masalahnya seperti yang diketahui, komen dari robot yang tidak sesuai bagi pengarang asal. Tidak sedap dinampak orang lain, sendiri berterima kasih terhadap sendiri. Macam tidak masuk akal.
Thanks @davidke20. Sgt detail..
Semoga berjaya
Terima kasih, Cikgu @davidke20 kerana sudi berkongsi pengetahuan. Banyak ilmu yang perlu dikuasai untuk berjaya di platform ini. Selain itu, mengatur strategi yang betul juga penting. Nampaknya, saya perlu hadir kelas. 😆 Minta maaf, nilai upvote saya tidak seberapa.