Part 1: Apa yang perlu kita lakukan pada Mata Wang Crypto?

in #teammalaysia7 years ago (edited)


Adakah kamu mempunyai account bank? Berapa banyak account bank yang kamu ada?

Saya tidak nafikan, bahawa saya mempunyai lebih dari satu akaun bank. Bank adalah salah satu cara kita menyimpan wang dan kita memang percaya dengan kemampuan sistem bank. Selain itu kita juga menikmati perkhidmatan mereka terutama bagi bank-bank yang mengakui kesetiaan pelanggan mereka. Dengan erti kata lain, bank amat penting bagi urusan-urusan seharian kita.

Adakah anda pernah menyimpan wang di bank dan berfikir pada penghujung tahun kamu mendapat sedikit bunga dari wang simpanan? Mungkinkah ia adalah satu sebab kenapa kita menyimpan wang di dalam bank. Iaitu mendapatkan sedikit keuntungan...

Tetapi saya tidak hendak menulis panjang lebar tentang bank. Saya hendak menulis tentang Mata Wang Crypto.

Apabila Mata Wang Crypto mula diperkenalkan dan "virtual wallet" dicipta, ia memudahkan bagi orang yang memahami tentang sistem itu untuk berurusan. Maksud saya ialah, ia memudahkan kepada semua orang untuk menyimpan wang dimana anda boleh membuat pelaburan membeli mata wang crypto dan membuat keuntungan darinya dengan cara hanya menyimpan"coin"di "wallet"dan tunggu nilai itu meningkat.

Sekarang persoalannya adalah, adakah ia sah? Bagi mereka yang tidak tahu mengenai mata wang crypto, mereka masih ragu-ragu untuk melibatkan wang dan diri mereka dalam pasaran dan sistem ini. Ini kerana, mereka ingat crypto ini ialah "Multi-level marketing"(MLM).

Satu perkara yang mereka tidak tahu, ialah mata wang crypto kini merupakan peluang di seluruh dunia yang membantu orang ramai untuk mencapai kestabilan kewangan dengan cara melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, contohnya Steemit.

Dalam Steemit, kita menulis blog, upvote dan resteem. Selepas 7 hari kita mendapat mata wang crypto seperti SBD dan STEEM.

Adakah anda faham setakat ini? Ok, mari kita mendalami apakah yang perlu kita lakukan jika kita mendapat mata wang crypto seperti SBD dan STEEM.

Selalunya newbie akan menjual SBD sebaik sahaja mereka mendapatkannya. Saya tidak akan katakan itu adalah salah. (biasa lah bah tue... kadang2 kita mau kasi bukti sama orang lain yang steemit itu memang betul kan...mesti mo rasa juga titik peluh.. tapi janganlah balik2 jual kio)

Adakah kamu tahu, jika kamu "hold" SBD dan STEEM nilainya akan berganda-ganda? Lebih-lebih lagi jika, semasa kamu mendapat SBD dan STEEM, nilai mata wangnya adalah rendah. Mengapa??


Ok, mari kita cuba fahami situasi ini.

Memandangkan kita mendapat STEEM dan SBD melalui penulisan di steemit, pelaburan bukanlah menjadi satu persoalan memandangkan kita boleh menjual SBD dan STEEM pada bila-bila masa yang kita mahu, tidak kiralah berapa nilainya di "market" pada masa kita hendak menjualnya.

Tetapi cuba kamu fikirkan betul-betul, nilai "crypto-currency" di "market" cepat berubah-ubah. Apabila nilainya turun hari ini, tiba-tiba keesokan harinya nilai itu meningkat, jika kamu sabar sedikit lagi, kemungkinan besar nilai itu terus meningkat berkali-kali ganda.

Cuba kamu bayangkan, kamu "hold" SBD semasa nilainya masih rendah dan menjual selepas nilainya meningkat.. jeng jeng jeng.

Wowwww...
ada orang jadi OKB trus owh 😂...."
okb: orang kaya baru"


Kesimpulan

Sebenarnya bukan sekadar SBD sahaja, jika kamu adalah peminat bitcoin dan mata wang crypto yang lain, serta ingin mendapatkan lebih banyak keuntungan x5 atau x10 daripada modal,... Ini rahsianya, kamu kena belajar untuk HOLD!!




Don't forget to check out my most recent steemit blog post. Thank you 😊

Adakah kita memang benar-benar ikhlas ketika memberi?

Aktiviti bersama dengan anak-anak di hujung minggu.

Bersikap positif terhadap kehidupan seharian.

Menanam taugeh sangat mudah dan menjimatkan.

Bulan Purnama - Proses lukisan dengan menggunakan cat air

Sort:  

paling semat orang kaya baru 😂

Thank you.... Hahahaaa

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

nice post! btw, dlm crypto Hold = HODL 😁, ada sejarah dia tu kenapa dia misspelled hehe

Thank you :)
Ya, betul tu... Mula2 saya mo guna "HODL" (meme) ..tapi saya fikir maybe ada org tidak tau nie cerita... 😂

https://bitcointalk.org/index.php?topic=375643.0

😀👆

Nice explaination! hahaha keep it up