Faedah perpustakaan

in #teammalaysia6 years ago (edited)

Sekolah kami mempunyai perpustakaan mini. Walaupun ia tidak luas namun di sana terdapat pelbagai-bagai jenis buku.

Selalunya saya akan pergi ke perpustakaan pada waktu rehat atau waktu pulang. Di sana kami dapat membaca dan meminjam buku.

Selain itu, kita boleh mengulangkaji di perpustakaan kerana suasananya yang tenang dan selesa. Jika kita mengulangkaji di perpustakaan, senang untuk kita mencari buku untuk dijadikan rujukan kerana di sana terdapat pelbagai-bagai jenis buku.

Selain buku rujukan, terdapat buku cerita, surat khabar dan buku hiburan. Selepas mengulangkaji, kita boleh meminjam buku-buku cerita untuk dibawa pulang.

Kesimpulan

Perpustakaan memang membawa banyak faedah terutamanya kepada para pelajar.

Abelle.



Siapakah kami?

Hi saya Abelle,
Apa khabar semua? Saya ialah Evy Amber,
Hello saya ialah Ethan,

Kami akan menulis posting mengenai aktiviti sekolah, aktiviti sukan, aktiviti harian, aktiviti pada hujung minggu, aktiviti pada cuti sekolah dan aktiviti karaoke. Kami juga akan menulis karangan dan cerita di sini (sila betulkan tatabahasa kami jika salah 😀) dan melukis dan bernyanyi.

Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Kami budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan,

Sekian dan terima kasih :)

Sort:  

Hi! I am a robot. I just upvoted you! I found similar content that readers might be interested in:
https://www.slideshare.net/NurulHakimahYazid/karangan-2014

Serupa tetapi isi berlainan. TQ

Bah, jangan putus asa... Tulis balik saja karangan kamu di sekolah, kasi gambar itu buku kamu... Biarlah tulisan tidak cantik. Dulu, saya pun macam tu... Tulisan tidak cantik. Ok...