"Kucing jalanan juga perlukan kasih sayang. Jangan lah kita menyiksanya lagi."
Ayat tu buat aku kesian kat kucing jalanan. Sebab bila aku takboleh nak bela sebab aku alahan. Aku tak boleh kena bulu kucing nanti aku akan bersin dan selsema yang teruk. Aku hanya mampu tolong bersihkan segala nanah dan kotoran yang ada kat kucing dan juga jaga mereka.
Aku pernah jaga kucing baru lepas beranak. Aku dengar suara anak kicing yang nyaring mengiau minta tolong. Aku cari kat mana bunyi tu. Tiba tiba aku nampak susuk tubuh comel dan kecik kat dalam barang kerja ayah. Dekat bahagian cangkul cangkul semua tu. Aku panggil ayah dan ayah alih barangnya dan aku angkat anak kucing yang terjatuh tu bagi ke mak dia. Aku cakap kat ayah "ayah kakak nak jaga boleh? Sebab kalau bela memang tak boleh punya. Jaga letak dia kat luar je lah.. boleh?" Pastu ayah kata "ikut awaklah"
Aku happy gila masa tu. Ye lah aku nak bela kucing lama dari kecik kot. Tapi tak boleh. Ibu takut kucing dan aku alahan bulu kucing. Then aku jaga kucing baru lepas beranak tu dan aku namakan dia Tipah.. anak anaknya 3 ekor, Harun, Osman, dan Timah walaupun aku belum tahu jantina aku letak je. Aku punya excited sampai aku beli makanan kucing aku sediakan tempat tinggal diorang aku mandikan.. Tapi sayangnya kucing kucing ni hidup tak lama... 😔 ya aku sedih.
Timah and the Family
Semua bermula dari anak dia Timah (tengah tengah antara abang abangnya). Aku terpaksa letakkan dia kat tempat lain. Sebab Timah main kat area enjin kereta. Aku tak perasan. Dalam perjalanan, dia meow meow kuat. Aku ingatkan game adik aku. Dia pun main game Tom Cat tu. Aku pelik asal meow macam dalam kereta. Aku suruh ayah berhenti tepu kat station minyak ke. Tempat yang selamat lah. Lepastu aku suruh bukak bonet kereta. Aku tengok ada anak kucing tengah menyorok ketakutan. Struggle jugaklah aku nak keluarkan anak kucing tu sebab dia makin lama makin kedalam masuknya. Lepas dah keluarkan tu aku nak balut dia nak peluk dia supaya dia rasa selamat tapi dia gigit tangan aku dan aku terlepas. Dia lari sana sini tanpa hala tuju. Dia jadi aggressive Kemudian dia balik kat bawah kereta nak naik balik kat area enjin. Pastu abang aku kedepan kebelakangkan kereta sebab taknak kasi dia naik tapi abang aku terpijak kaki dia. Depan mata aku weh 😭😭😭 dia jerit aku pun jerit. Weh nak nangis.
Dia dah lemah sebab sakit. Ayah masukkan dia dalam plastik then letak dia kat area kedai makan... setiap kali lalu area tempat timah kena buang tu aku teringat incident tu. Aku pun tak pasti bila aku akan lupa. Trauma.
Selamg 2 hari, Tipah dah tak ada kat rumah dia pindah. Aku tak sampai hati nak jumpa Tipah. Tapi satu hari tu, Tipah datang kat rumah duduk depan pintu tengok aku dengan airmata darah dia 😭 dia cari anak dia 😭 weh aku pun nangis tengok dia. Dia start sakit mulut and lama lama makin teruk. Bau Tipah busuk. Aku nak bawak dia pergi Vet nak rawat dia. Tapi parents aku tak kasi. Aku nangis weh banyak kali mintak nak bawak pergi vet. Last last aku cakap kat tipah dengan keadaan dia dah nazak macam ni
Aku cakap "Tipah.. tipah pergilah kat tempat lain. Matilah tipah dari awak terseksa macam ni.." esoknya dah tak nampak dah.. aku nangis lagi. Aku type ni pun aku menangis.. Anak anak dia yang lain? Aku tak tahu.
Lama aku tak main dengan kucing sebab aku trauma. Aku akan teringat kat Tipah. Aku selalu salahkan diri aku sebab aku tak tolong dia. Aku kemurungan..
Satu hari, aku hanya bermain dengan kucing kucing kat kedai makan je. Aku kasi makan belai sikit. Tu je aku mampu buat..
Masa ni baru balik kerja. Keluar makan malam. Tiba tiba kucing ni pandang je kat aku pastu dia letak kaki depan dia atas riba aku. Aku belai dia dan aku bagi dia makan. Lepastu dia naik atas kerusi dia duduk belakang adik. Yang buat aku curious dengan dia ni, dia pandang atas aku tak tahu dia tengok apa. Aku takkan pandang atas sebab aku takut spider. Hahaha. Nak balik tu aku cakap "bye" kat dia.
Sekian lama tak ada kucing beranak kat rumah aku, kalini ada pulak. Tapi 2 ekor je anak dia. Mak dia sorok anak dia kaw kaw punya tapi aku still dapat jumpa. Aku jumpa anak kucing tu dalam keadaan tak ada suara. Bia dia meow keluar angin. Dah seminggu kot. Takde susu. Aku buatkan susu aku bagi dia. Nasib baik dah pandai minum. Ni ha kucingnya
Tapi kucing ni aku tak kasi nama dan tak jaga macam mana aku jaga Tipah. Aku just tengok dia time pergi dan balik kerja je. Aku masih belum boleh move on dengan Tipah. Tapi kucing ni dia kejap je kat rumah. Pastu mak dia bawak lari anak dia sebab adik adik aku suka tengok kucing hari hari so mak kucing takut hahaha. Lama tak nampak pastu datang balik dalam keadaan tidak sihat. Jadi aku cuci luka dan nanah anak kucing tu
Kucing ni kena peluk baru dia tak bergerak. Kalau pegang kat leher dia nanti dia sakit sebab kat situ tinggal kulit je bulu pun halus dan nipis bagi aku rasa sakit lah aku tak tahulah apa dia rasa. Anak kucing ni kurus gila telinga besar badan tinggal kulit dengan tulang je. Lepas cuci aku suap dia susu. Dia minum sikit je. Baru lah dia nak bermain..
Ni gambar dia masa kecik dan sihat
Kucing ni sangat manja. Dia lah yang aku nampak dulu sebelum adik dia. Akulah yang keluarkan dia dari tempat sempit tu. Aku sayang anak kucing ni tapi aku tak tahu pergi mana sekarang. Adik kata dia ada kat rumah jiran. Tapi tak nampak pun. Tapi tak apalah. Harap harap dia masih hidup.
Aku selalu pergi Tasik Sri Serdang untuk aktiviti riadah atau makan malam atau sarapan. Kita orang bersenam kat tasik dan bersarapan kat tasik juga. Kat tasik ada restoren dan gerai makanan. Kat tasik ada kucing kucing ni orang kedai kasi makan. Jadi dia agak gemuk sikit. Sedaplah gomol hahaha.
Masa tengah sarapan lepas bersenam aku jumpa kucing ni kelaparan jadi aku panggil dia dan bagi dia makanan. Kucing ni manja gila nak arwah. Kau panggil dia, dia naik kat riba kau dia purr dan bila kau usap usap dia dia peluk kau. Comel gilaaaaaa
Kucing yang warna putih coklat sikit tu. Yang hitam tu tak lah sebab aku agak fobia dengan kucing hitam. Huhuhuu tapi mata dia pun sakit macam Tipah. Tapi aku cuba kuatkan diri. Aku nak menangis weh tengok kucing sakit ni. Pastu pergi lagi kat tasik jumpa lagi kucing macam ni tapi lainlah coraknya.. tapi anak kucing. Anak kucing ni buta dan kurus. Tapi aku bersihkan dia. Aku bersihkan mata dia aku bersihka. Muka dia.
Aku tak pasti yang gambar first tu dia atau kucing lain. Sebab nampak macam serupa. Kalau serupa aku rasa gembira lah sebab dia dah gemuk kalau tak keping je. Kalau bukan tak apalah. Aku cuma harap dia baik baik saje lah.
Satu hari tu, aku nak masak, tapi aku dengar suara anak kucing aku pun macam "wahhh ada anak kucingg" pastu aku biar jelah sebab jiran je ada bela kucing. Pastu aku dengar lagi makin kuat. Pastu aku bukak pintu aku intai lah. Tak ada pun. Aku jadi curious nak tahu aku tengok kat dalam longkang. Ada anak kucing weh dalam longkang tu dah lah tempat dia betul betul air mesin basuh jiran turun habis kena mandi air bilasan sabun. Pastu aku panggil jiran aku. Jiran aku amik penyapu aku angkat pakaj penyodok sebab longkang agak dalam untuk amik macam tu je.
Aku dah dapat dia, aku basuh dia dengan air suam aku balut dia dengan kain tuala dan letakkan dia kat tempat yang panas dan suam. Aku baru perasan anak kucing tu baru lahir. Tali pusat pun tak cabut lagi. Comel gila aku dahlah 3 warna.
(Kalau nak tengok gambar lagi boleh tengok kat sini)[https://www.instagram.com/p/BmTkm6yBxt8/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=5d4ddib3yc5c]
Sedih lah jugak lepas beberapa hari lepaskan dia kat kucing lain, jiran aku cakap dah tinggan kepala je berdarah darah. Sedih gila. Tapi tak apalah dah ajal dia. Aku positive hahahaha.
Setakat ni itu jelah last kucing yang aku selamatkan. Aku rasa bangga dengan diri aku sebab aku berjaya selamatkan kucing kucing tu. Aku rasa puas hati. Jadi aku rasa aku patut share pengalaman aku dengan kucing jalanan. Orang kata kucing ni pembawa rezeki. Dan aku percaya benda tu. Lepas aku selamatkan kucing kucing ni aku bagi makan apa semua rezeki tak putus putus Allah kasi. Alhamdulillah. Tapi bukan kucing je yang membawa rezeki. Burung juga. Kura kura itik dan sebagainya yang tidak ganas hahaha maybe..
Okay sekian sahaja dari aku sharing pasal kucing jalanan. Aku harap korang janganlah sepak kucing tu baling kucing tu masukkan kucing dalam mesin basuh racun kucing tu kau bakarnya kucing tu aku tak pasti mana orang orang ni letak akal fikiran yang Allah berikan tu. Kau tak kesian ke kat kucing tu? Aku paling jahat kat kucing pun aku marah dia tahu tak. Marah marah pun still bagi makanan. Hahaha okay
Okay lah bye!
Tak tahu bila akan update lagi. Mungkin ini yang terakhir kot. Kalau ada benda nak share aku tulis lagi okay?
Anyeong!
Congratulations @amalinaahmd! You have completed the following achievement on the Steem blockchain and have been rewarded with new badge(s) :
Award for the number of upvotes
Click on the badge to view your Board of Honor.
If you no longer want to receive notifications, reply to this comment with the word
STOP
Do not miss the last post from @steemitboard: