Ingat!! Anak2 adalah saham akhirat yang paling besar
Sangat sangat sangat menakutkan..
Suasana zaman sekarang sangat menakutkan. Kita semua sebenarnya sentiasa dalam ancaman. Ancaman kemodenan, ancaman keduniaan, ancaman kemaksiatan, dan berbagai2 ancaman lagi.
Takut sangat melihat suasana sekeliling. Apa akan jadi dengan anak cucu kita nanti. Apa yang bakal jadi zaman mereka nanti. Ya Allah.. Selamatkan kami.
Dalam suasana ini kena kuatkan benteng rumah untuk menjadi pelindung kepada anak2. Jadikan rumah sebagai tempat untuk membina rohani anak2 kecil kita. Jadikan rumah sebagai madrasah untuk mendidik anak2 dengan kecintaan kepada Allah dan Rasul. Sehingga jiwa mereka benar2 kukuh dengan cinta sejati. Jiwa yang tidak akan terkesan lagi dengan agenda2 perosak cinta.
Besarkan anak dengan zikrullah, kecintaan kepada ilmu agama, cinta akan amal kebaikan dan memupuk anak2 dengan kebencian akan kemaksiatan. Sematkan sifat malu dalam diri anak2 terutamanya anak2 perempuan kita. Sehingga mereka akan rasa malu untuk berhadapan dengan lelaki ajnabi. Malu untuk berada di luar rumah.
Tapi bagaimana sifat2 ini boleh dibentuk sekiranya anak2 kita hari2 didedahkan dengan kecantikan artis2, kemasyhuran penyanyi2. Dari kecil mereka dengar dan lihat kuasa2 yang ada dalam kartun2. Mereka didedahkan dengan drama2 percintaan antara 2 insan ajnabi yang sangat romantik.
Apa akan jadi dengan anak2 yang besar dalam suasana sebegini?
Siapakah yang salah jika mereka bercinta sehingga mengandungkan anak luar nikah?
Please.. Gantikanlah suasan rumah dari panggung wayang kepada suasana masjid. Anak2 didedahkan akan sifat2 sahabat yang merupakan 'hero' dalam islam. Didedahkan dengan kemasyhuran para sahabat yang mereka dikenali oleh seluruh penduduk di langit. Kematian mereka menggegarkan arash Allah. Bagitahu pada anak sehingga anak2 bercita2 untuk menjadi sahabat bukannya pelakon, penyanyi, hollywood, bollywood dan macam2 lagi.
Inilah target melalui usaha masturat untuk menjadikan setiap rumah orang islam sebagai madrasah yang akan melahirkan insan2 pencinta Allah dan Rasul. Sangat2 penting untuk kita ubah kehidupan kita bermula dari rumah kita sendiri.
Kepada para suami, anda adalah pemimpin rumahtangga. Hidupkan lah agama dalam kerajaan rumahtangga anda dengan penuh hikmah dan kasih sayang. Anda adalah ketua, bertanggungjawab ke atas setiap rakyat anda.
Kepada para isteri, jadilah seorang ibu yang sentiasa memikirkan kebaikan dunia dan akhirat untuk anak2. Bantulah suami untuk membina kerajaan rumahtangga yang diredhai Allah.
Ingat, anak2 adalah saham akhirat yang paling besar.
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: "كل مولود يولد على الفطرة فأبواه يهودانه أو ينصرانه أو يمجسانه"
Sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : "Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah (islam), maka ibubapa nya lah yang menjadikannya yahudi (cara didikan yahudi) atau menjadikannya kristian atau menjadikannya majusi".
Sentiasalah membaca doa ini demi anak2
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
-Usamah Marveles