Tag Baru di steemit #malay (In inggeris version)

in #malay7 years ago (edited)
Salam sejahtera kepada semua warga steemit. Blog saya pada harini adalah tentang penggunaan #tag baharu di steemit. Hasil daripada buah fikiran @danieldoughty mencadangkan saya untuk mencipta #tag baharu iaitu #malay. Perkara pertama yang saya lakukan adalah mencari penulisan yang ada menggunakan tag #malay, dan malangnya belum ada yang menggunakannya. Hal ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk memulakannya.

Mengapa Tag #malay dipilih?


Bahasa melayu antara bahasa terpenting di dunia

Jika di lihat dari segi sejarah, terdapat 4 buah negara yang menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa utama iaitu, Indonesia(dkenali sebagai bahasa Indonesia), Malaysia(dikenali sebagai bahasa Malaysia) brunei dan singapura yang mengekal status bahasa melayu itu sendiri. Selain itu, bahasa Melayu juga ditutur oleh penduduk-penduduk Melayu di sekitar selatan Thailand, Filipina dan vietnam, sri lanka dan afrika selatan.

Menurut statstik dianggarkan berjumlah lebih 300 juta penutur di dunia, dan merupakan bahasa keempat terpenting selepas bahasa Mandarin, bahasa Inggeris, bahasa Hindi atau urdu. Dalam pada itu, menurut kajian dianggarkan bahawa 50,000 orang pentutur dalam bahasa Melayu di Sri Lanka. Ini cukup jelas menunjukkan bahawa penggunaan bahasa melayu sangat meluas.

Selain itu, salah satu perkara yang menjadikan bahasa melayu ini sebagai bahasa penting adalah kerana, bahasa Melayu turut di ajar di universiti-universiti tertinggi di dunia seperti di United Kingdom, Amerika Syarikat, Australia dan Jerman, malah di New Zealand serta beberapa tempat lain.

sumber

Oleh itu, jelaslah di sini bahawa penggunaan bahasa melayu sebenarnya sangat meluas, dan ianya mungkin mudah bagi semua orang yang mengunakan bahasa melayu menggunakan tag malay ini sebagai pemberitahuan kepada teman lain bahawa tag ini wujud.

Tujuan dan kelebihan tag #malay

Di steemit kita dapat menemukan pelbagai tulisan atau cerita yang kita kehendaki dengan menggunakan #tag. Oleh itu, dengan adanya tag #malay, lebih mudah bagi kita untuk mengikuti segala perkembangan dan mencari bahan-bahan berkaitan, dalam tulisan bahasa melayu.

Selain itu, dapat memperbanyakkan penggunaan bahasa melayu di dalam penulisan harian steemit. Saya tahu, kebanyakan kita mungkin berusaha untuk menulis blog dalam bahasa inggeris kerana penggunaan bahasa inggeris yang sangat meluas di serata dunia. Bagi mereka yang mahir dalam penulisan bahasa inggeris, ianya mungkin mudah bagi mereka. Tetapi bagi mereka yang tidak kurang mahir, penulisan dalam bahasa melayu masih menjadi pilihan utama.

Dengan adanya tag #malay ini, mungkin sedikit sebanyak dapat mempertingkatkan keyakinan dan kepercayaan mereka(yang biasa menggunakan tulisan dalam bahasa melayu) untuk turut serta dalam dunia steemit ini.

(popular tag).Memperluaskan dan menjadikan tag #malay antara #tag yang ramai pengguna dan terkenal


Seperti yang kita ketahui terdapat banyak tag yang sangat popular di steemit pada masa kini seperti #life, #food, #travel dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, pengaruh tag di steemit sangat besar kesannya. #tag yang betul dan bersesuian adalah penting dalam penulisan kita kerana, ianya akan masuk dan berada di dalam sebuah pengelompokan besar pengguna steemit seluruh dunia. Sebagai contoh, sekiranya anda memilih tag yang sangat popular, potensi untuk tulisan anda dilihat dan di 'upvote' sangatlah tinggi sekiranya terdapat steemian lain yang berminat dengan tulisan anda.

Sila lihat #tag yang sedang meningkat naik dan popular di https://steemit.com/tags

Bagaimana tag #malay ini boleh menjadi terkenal (Popular)?

Salah satu cara supaya tag #malay ini cepat berkembang adalah:

1.Setiap kali anda menulis blog dalam bahasa melayu, gunakan tag #malay ini tidak kira sama ada ianya adalah #tag pertama anda, ataupun kedua-kelima.

2.Resteem post ini agar para steemians lain dapat melihat dan tahu tentang ini.

3.Sebarkan kepada teman-teman anda, samada secara viva atau pun melalui whatapss, telegram atau email.

Semakin ramai steemian menggunakan tag #malay, semakin cepat ianya berkembang menjadi #tag baharu, berguna dan 'popular', dan semakin tinggi peluang tulisan anda di baca, di resteem dan di upvote.

Apakah ada undang-undang rasmi dalam penggunaan tag #malay?

Jawapannya sangat ringkas, iaitu:
Tiada undang-undang rasmi, tetapi lebih baik jika semua tulisan mestilah dalam bahasa melayu(tidak kira formal atau formal), kerana ianya bersesuaian dengan nama #tag itu sendiri iaitu #malay yang bermaksud melayu.

Walaubagaimanapun, penggunaan dwi bahasa(untuk tujuan "translation"seperti bahasa malaysia dan bahasa inggeris, atau bahasa lain juga sangat digalakan untuk menggunakan tag #malay.

Bagaimana pula dengan perbezaan dialek atau loghat? Boleh atau tidak?

Terlebih dahulu kita perlu tahu, apakah maksud dialek atau loghat itu sendiri.dialek/loghat atau juga dipanggil bahasa daerah, merupakan kelainan dalam sesuatu bahasa yang akan menjadi ciri golongan tertentu di dalam kalangan penutur sesuatu bahasa itu. Di setiap negara yang menggunakan tutur bahasa contohnya bahasa melayu, mempunyai pelbagai jenis dialek mengikut sesuatu kawasan atau daerah. Setiap dialek mempunyai ciri-ciri sistem bunyi atau fonologi dan perbendaharaan kata yang tersendiri (yang akan membezakan sesuatu dialek dengan yang lain).

Oleh itu, penggunaan bahasa melayu mengikut dialek masing-masing sangat dialu-alukan supaya kita dapat mengetahui atau mempelajari sedikit sebanyak dialek daripada pelbagai daerah, selain daripada mempertabatkan penggunaan dialek tersebut ke mata dunia.

Bagaimana pula dengan tajuk?

Bagi saya, tiada halangan terhadap apa juga jenis tajuk yang ingin menggunakan tag #malay untuk dipaparkan atau dikongsikan, yang penting ianya bersesuaian dengan tujuan utama iaitu penulisan dalam bentuk bahasa melayu agar pentutur bahasa melayu dapat melihat #tag ini sangat berguna di masa akan datang.

Kesimpulan


Kesimpulannya, tag baru #malay ini menjadi pemangkin kepada semua penutur dan penulis bahasa melayu untuk menggunakan tag #malay ini, untuk dapat menjadikan tag ini berkembang dan menjadi terkenal selari dengan bahasa melayu itu sendiri.

Inggeris version


Today i write about the new #tag in steemit. As an idea from @danieldoughty suggests me to create a new #tag. The first thing I did was search for existing using the #malay tag, and unfortunately no one was using it anymore. This made me even more eager to start it.

Why the #malay Tag was selected?

Malay language is one of the most important languages ​​in the world. Historically, there are 4 countries using Malay language as the main language, Indonesia (known as Indonesian), Malaysia (known as Malay language) brunei and singapura which maintain the status of Malay language itself.

In addition, the Malay language is also used by Malay residents around southern Thailand, the Philippines and vietnam, sri lanka and south africa. According to statistics, there are over 300 million use malay language in the world, and it's the most importantly language after Mandarin, English, Hindi or Urdu.

In the meantime, according to studies it is estimated that 50,000 use malay language in Sri Lanka. This is quite clear that the use of Malay language is very widespread.

In addition, another things that makes this Malay language an important language is that, Malay language is taught in the world's top universities such as the United Kingdom, the United States, Australia and Germany, and even in New Zealand and some other places.

Therefore, it is clear that the use of Malay language is very broadwild, and it may be easy for anyone who uses the Malay language to use this malay tag as a notification to another friend that this tag was exists.

The purpose and the benifits of the #malay tag

In steemit we can find the various articles or stories that we want by using the #tag. Therefore, with the availability of the #malay tag, it is easier for us to follow all the developments and find related materials, in the Malay language.

In addition, it can increase the usage of Malay language in steemit daily writing. I know, most of us may be trying to write blogs in english because of the widespread use of english language around the world. For those who are proficient in writing English, it may be easy for them. But for those who are not, writing in Malay is still a top choice.

So with this tag, may increased level of confidentsand beliefs (for those commonly used Malay) to participate and join in this steemit world.

Expands and makes #malay tag between #tag of popular and popular users (popular tags).

As we know there are so many tags that are very popular in steemit today like #life, #food, #travel and so on. For your knowledge, the influence of the tag in the steemit is very impressive. Using the right #tag is important in our writing because, it will come in a large group or comunnity steemians in all around the world.

For example, if you choose a very popular tag, the potential for your writing to be seen and the 'upvote' is very high if there are other steemians who are interested in your writing.

Take a look at the popular and hot #tag at https://steemit.com/tags

How can this #malay tag be Popular or hot trending?

One way to make this fastest growing tag is:
1.Every time you write a blog in Malay, use this #malay tag regardless of whether it is your first #tag, or the second one.

2.Resteem this post so that other steemians can see and know about this.

3.Send to your friends, either viva or through whatapss, telegram or email.

The more people use the #malay tag, the faster it will grows to a new, useful and popular #tag, and the higher your reading chances are, the resteem and the upvote.

Are there any official laws in use of the #malay tag?

The answer is very simple:
There is no formal law, but it is better if all the papers must be in Malay (whether formal or formal), as it is in line with the #tag name itself malay which mean malay language.

However, the use of dual languages ​​(for translation purposes) such as malaysia and english, or other languages ​​is also strongly encouraged to use the #malay tag.

How about the dialect?

First of all, we need to know what the dialect means. Dialect or also called the local language, is a variation in a language that would be a characteristic of certain groups among that language. In every country, for example Malay language, it has various dialects according to a region or places. Each dialect has the characteristics of how the sounds is or phonology and its own vocabulary (which will distinguish something dialect from others).

Therefore, the use of Malay language according to their respective dialects was most welcome, so that we can know or learn a bit of dialect from various regions, apart from refining the use of the dialect to the eyes of the world.

What about the title?

For me, there's no hindrance to any kind of title that wants to use the #malay tag to be displayed or shared, which is important for the main purpose of writing in the form of Malay language so we can see this #tag very useful in the future.

Conclusion
In conclusion, this new tag is a catalyst for all Malay writers to use this #malay tag, to make this tag grow and become popular or hot parallel to the Malay language itself.


Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca tulisan saya, jika penulisan ini berguna bagi anda, sila sebarkan (resteem).

Yang benar,
@chanelcalestus

Sort:  

Bukankah sudah ada #bahasa-malaysia ?

(sesiapa sahaja) atau menggunakan apa juga tag yang kita suka, ianya bergantung kepada bagaimana penulisan anda dan penerimaan serta pemahaman anda tentang tag tersebut. Setakat pengetahuan saya, bahasa-malaysia merujuk kepada bahasa melayu yang digunakan di negara malaysia kerana di negara indonesia di panggil bahasa indoneasia manakala brunei dan singapura kekal sebagai bahasa melayu. Walhal, tag malay saya, jika anda membaca tulisan ini lebih kepada keseluruhan bahasa melayubitu sendiri yang telah saya singkatkan dan mudah difahami (melayu bermaksud malay dalam dalam bahasa inggeris).
Terima kasih.Hi @annabellenoelle, terima kasih dengan komen anda. Sebenarnya, di steemit kita bebas untuk membuat tag baru

I was thinking #malay means the race....😊

Hi @perennial, it's not. Malay mean the language, i mean for this tag purpose,thank you for dropping the comments..cheers..💖

I understand what you mean, we have 5 tag to fill, as there are our own choice ..i am not force anybody to use the tag..kalau tidak suka..just abaikan..cheers👏💖

I read all the comments in your other blog. How the tag Malay to some give the impression that it is regarding race.

Of course it is also in reference of race, so does language and culture and geographical area and so many more.

It can also be a uniting tag for those in Malay archipelago that share the common heritage and especially so for those who has fear in writing English. It has many advantage beyond that just for TeamMalaysia.

If you are interested to build Malay written post community in Malaysia then bahasa-malaysia is ideal option however since in your post the context is in reference to those of other countries that share that same common language and heritage, then the tag Malay is suitable.

Clearly this is matter of perspective, however your post have clearly explain that the used of Malay tag is in reference to language.

It is only a sensitive word if one's mind is too shallow. Clearly, yours and mine are not.

It's your call, to stop it or use it . There is no rule. If you don't start it. Trust me, one day some else will anyway.

For westerners, what do you called Bahasa Melayu in English, carrot language is it? Hence I see that the tag is appropriate. And depends on the post if the topic is on heritage, Culture or whatever Malay related, it is still appropriate.

It doesn't need to be politicised , it's mind over matter. Good luck with whatever decision.

If I were you. I hang on it and build it. It is a makes lots of new friends who share the common in Malay language. Good luck.

Im agree with you @danieldoughty....

Saya setuju :)

I'm not sure if this a good idea, as the #malay is kind of giving me the first impression of race rather than language, just my 2 cent.

#bahasa-malaysia is much more appropriate

I agree, as a mixed Malay myself. I feel this tag can be improved if its intended to be for language purpose. Plus there is already #bahasa-malaysia as you mentioned.

Hi @aaronleang, thank you for dropping you comment..actually I dont force anybody to use the new tag..its up to us want to use any tag bah kan..cheers👏💖

Saya sangat setuju..
Terima kasih @chanelcalestus...!!!

Terima kasih, dan teruskan guna tag malay jika anda menulis dalam bahasa melayu!

Beres tuan...selepas ini,harap ia lebih meluas di seluruh Malaysia...

Bukan sahaja di malaysia, tetapi di semua negara yang menggunakan bahasa melayu.

Ooo...iya.lupa saya...😅😅😅

penulisan yang baik chanel.. cadangan saya mungkin dalam group teammalaysia cuba tubuhkan satu sub group untuk bahasa melayu.. kemungkinan ianya bermanfaat bagi membantu sesama steemians yang kurang fasih berbahasa inggeris.. untuk tag #malay .. u had done bro terbaik 👍🤘

Terima kasih dengan komen dan cadangan anda @arjimi.


Ini kali lah..Great job @chanelcalestus.

Thank you @nytrie, bah kalau buat bahasa melayu jangan lupa tag #malay..hehe

Confirm tag haha...

Thank you for sharing your posts with us. This post was curated by TeamMalaysia as part of our community support. Looking forward for more posts from you.

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote bitrocker2020 witness

jadi buli ka sia pakai nie tag baru nie.. ka ada procedure dia kalau mau pakai XD

Buli bah..xda juga prosedur yang wajib..tpi mungkin yang penting ada tulisan bahasa malay la..bersesuaian dengan itu #tag..hehehe..


Pendapat saya. Saya rasa pengunaan hanya #malay tidak reflek tujuan tag ini seperti inisiatif saudara. Maaf jika saya tersensistif, ini cuma pendapat saya. https://steemit.com/malaysia/@killuminatic/dei-malaysians-have-one-tag-enough-lah

Hi @killuminatic, its okay bah..kita punyai hak untuk memberi pendapat ya..dan bagi saya ianya terpulang sama kita untuk menggunakannya atau tidak..kalau tidak suka, just abai kan saja..sebab tag ini juga adalah pendapat saya, jika ada orang yang menggunakannya ataupun tidak ianya tidak mendatangkan masalah sebenarnya.

@chanelcalestus ... Everyone has the right to their own opinion which I am in total agreement and no one can stop you from using the tag it's up to your own discretion . My personal opinion on this is that it can easily be misinterpreted as a racial tag instead of a language tag. These are just my views on this matter.

Hi @bitrocker2020, thank you have a time to visit myblog. After the discussion with my fiew friends, i realise they also can misinterpreted about the tag. Maybe i need tu add the word language there kan..😅nanti i write about it juga..thank you bro. Cheers👏💖

since #teammalaysia actually has "cn-malaysia" as the main source of Malaysians to write in Mandarin (and are not good with English), how about #bm-malaysia ?

Unless you would like to target all Malay speaking individuals around the world, which could be very different as you know Indonesian language's vocabulary varies quite a bit from the Malaysian Malay language; hence in the International platform, no Indonesian will say they speak Malay but they speak Indon (or Indonesian). Even Language series separates Malay and Indonesian.

Just like German and Austrian shares very close language references, but they are very vast from one another, and although Austrians can speak German, they have their own country's language (Austrian) which is slightly different as well.

Maybe you can look into that?

I was also starting to wonder should we have bm-malaysia, tm-malaysia (for tamil), and other languages haha...
Perhaps have a thought, @chanelcalestus ?

Loading...

Kau punya community upvote kana tarik balik ka?

Hi @danieldoughty, looks like, but its ok bro...no hal la tu..

Boleh pula tarik balik..Ada AKTA suda kah nie? Rule cuma NO COPY PASTE. Once you give, don't take back! Orang bilang itu BURUK SIKU.

Tulah, teda salah bah nie post. Suggestion saja pun, trus kepanasan semua... typical ******!
Hmmm....

Don't give up! Chaiyokx2!! 💪😂😂

Thank you @ivora..cheers👏💖