KERANA CINTA AKU PEDULI
Kemarin, ada hujan di hatimu
Airnya menetes basahi pipimu
lantasku dekati dirimu
Ku serahkan bahu
Untukmu menyandar
Ku biarkan dirimu
Menangis semau mu
Biarpun basah busanaku dengan air matamu
Tak ku peduli
Dalam esak dan tangismu
Kau luahkan segala kedukaan
Yang kau lalui
Kau luah segala deritamu
Aku sebak namun berpura pura
Tabah
Biarpun air mataku
Hampir saja menitis
Namun ku tahan dari tumpah
Kerana aku takut dirimu akan bertambah rapuh
Ku resapi ceritamu yang pilu
Luka yang tertusuk sembilu
Seketika hatimu berkarat
Dalam luka yang teramat berat
Aku tersentuh dalam kagumku
Biarku ubah dukamu jadi bahagia
Izinkan aku jadi perahumu
Biarku bawa ke samudera
luasnya cinta
Sambutlah tanganku
Gengamlah dengan erat
Jangan sesekali kau lepaskan
Jangan sesekali kau rasa sendirian
Kerana aku ada
Marilah bersamaku
Kita bina kisah bahagia kita
Bersama sama
Kita semai benih cinta dan setia
Biar tumbuh mekar mewangi di taman hati
Jadikan aku kekasihmu
Aku rela bersama denganmu
Kerana aku jua menyayangimu italic
Sort: Trending