Rokok memang ada khilaf namun kemudaratan rokok ini tetap ada, kenapa ada ulama kata haram ?

in #indonesia7 years ago (edited)

image

Rokok memang ada khilaf namun kemudaratan rokok ini tetap ada, kenapa ada ulama kata haram ?

kerana para ulama telah teliti bahawa rokok ni ada mudarat,maka kita kena tahu bahawa islam ini agama yang sempurna,dia merangkumi segala jenis aspek baik dari kesihatan dan hukum hakam,pabila para doktor mereka menjumpai dan menanyakan para doktor bahwa rokok ini ada mudarat,maka para ulama juga mempunyai hujjah dengan firman Allah

و لا تلقوا ايديكم الى التهلكة
jangan kalian campakkan diri kalian kedalam kebinasaan

sesuatu yang memudaratkan bagi manusia dan mengancam nyawa adalah haram bagi umat islam untuk lakukan....

maka kerana ini disebutkan oleh Al Habib muhammad bin ahmad as syatiri dalam yaqut nafis

kemudaratan rokok ini ada 3 mudarat:

-mudarat dari sudut ekonomi
-mudarat dari sudut kesihatan
-mudarat dari sudut agama

telah ramai yang menyesal kerana menghisapnya,kerana ramai yang menghidap banyak penyakit yang memudaratkan

maka WAJIB utk dia TINGGALKAN,dan barangsiapa yang sudah yakin kemudaratan rokok,MAKA WAJIB HUKUMNYA MENINGGALKAN ROKOK

berkata Al-Imam Al-Habib Abdullah bin Alwi al-Haddad :

"yang sahih hukum merokok adalah haram kerana dapat menghilangkan akal.."

Al-Habib Abdurrahman bin Muhammad al-Masyhur, mufti Diyar Hadramaut, saat membahas hal-hal yang membatalkan puasa. didalam kitab beliau Bughyatul Musytarsyidin sempat berkata : "Semoga Allah melaknat orang yang membuat rokok kerana rokok termasuk bid'ah yang buruk."

لم في التنباك حديث عنه ولا أثر عن أحد من السلف،والذي يظهر أنه إن عرض له ما يحرمه بالنسبة لمن يضره في عقله أو بدنه فحرام، كما يحرم العسل على المحرور والطين لمن يضره، وقد يعرض له ما يبيحه بل يصيره مسنوناً، كما إذا استعمل للتداوي بقول ثقة أو تجربة نفسه بأنه دواء للعلة التي شرب لها، كالتداوي بالنجاسة غير صرف الخمر، وحيث خلا عن تلك العوارض فهو مكروه، إذ الخلاف القوي في الحرمة يفيد الكراهة

Tidak ada hadis mengenai tembakau dan tidak ada atsar (ucapan dan tindakan) dari seorang pun di antara para sahabat Nabi SAW,Jelasnya, jika terdapat unsur-unsur yang membawa mudarat bagi seseorang pada akal atau badannya, maka hukumnya adalah haram sebagaimana madu itu haram bagi orang yang sedang sakit demam, dan lumpur itu haram bila membawa mudarat bagi seseorang. Namun kadangkala terdapat unsur-unsur yang mubah tetapi berubah menjadi sunnah sebagaimana bila sesuatu yang mubah itu dimaksudkan untuk pengubatan berdasarkan keterangan terpercaya atau pengalaman dirinya bahwa sesuatu itu dapat menjadi ubat untuk penyakit yang diderita sebagaimana berubat dengan benda najis selain arak. Sekiranya terbebas dari unsur-unsur haram dan mubah, maka hukumnya makruh kerana bila terdapat unsur-unsur yang bertolak belakang dengan unsur-unsur haram itu dapat difahami makruh hukumnya."

bugyatul mustarsyidin

tetapi bagaimana kalau bukan kerana hajat dan hanya mahu ikut trend?dan saje2 nak merokok?dan ketagih?fikirlah sendiri

Diantara ulama yang mengharamkan rokok adalah:

  1. Syaikh al-Faqih Abdullah bin Umar BaMahzamah
  2. Syaikh Abdullah bin Ahmad BaMuhaimisi
  3. Syaikh Abu Bakar bin Qasim al-Ahdal
  4. Syaikh Abdullah bin Utsman al-‘Amidi
  5. Syaikh Ali bin Abdullah Baras
  6. Habib Abdullah al-Haddad
  7. Habib Hussin bin Syaikh Abu Bakar bin Salim
  8. Syaikh Soleh al Bulqini
  9. Syaikh Nuruddin Ali az-Ziyadi
  10. Syaikh Ibrahim Zam’an al-Yamin az-Zabadi
  11. Syaikh Ibn ‘Allan al-Makki an-Naqsyabandi
  12. Syaikh al-Aziz al-‘Amiri
  13. Syaikh Najmuddin bin Badruddin bin al’Arabi al-Ghazzi al-Amiri asy-Syafie ad-Dimasyqi
  14. Syaikh Ahmad al-Qulyubi

Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dan Baba Abdul ‘Aziz melarang merokok.

Boleh dishare/resteem... Semoga bermanfaat!

Sort:  

احسنت النشر، شكرا على افادة منك

عفوا.. وإياكم