Black pepper beef stir-fry!

in #esteem6 years ago (edited)

Apa khabar Steemians? Hari ini saya ingin berkongsi satu resepi iaitu resepi Black pepper beef stir-fry (cara saya). Resepi ini sangat mudah dibuat dan bahan-bahan untuk memasak senang didapati di supermarket yang berhampiran.

image

Bahan-bahan

  • 500 gram daging lembu
  • 2 sudu kicap pekat
  • 2 sudu tepung kanji dan I cawan air
  • lada hitam (2 sudu)
  • minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • 2 tangkai daun sup
  • 1 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 4 biji bawang merah
  • 2 ułas bawang putih
  • I inci halia
  • 1 labu bawang besar

Penyediaan Bahan

  1. Bersihkan daging dengan air yang bersih kemudian potong nipis daging itu.
  2. Bancuhkan tepung kanji dengan 1 cawan air.
  3. Potong daun sup, tomato, cili merah, bawang merah, bawang putih, bawang besar dan halia.

Cara memasak

  1. Panaskan minyak dan tumiskan halia, bawang merah, bawang putih dan bawang besar sehingga wangi dan layu.
  2. Masukan 500g daging dan goreng.
  3. Masukkan kicap pekat, ajinomoto, lada hitam dan garam secukup rasa. Goreng 5 minit.
  4. Masukkan sedikit air kemudian tutup kuali itu.
  5. Apabila air sudah sedikit, buka penutup kuali kemudian goreng sehingga minyak naik.
  6. Masukkan tomato dan cili merah dan garam secukup rasa.
  7. Masukkan bancuhan kanji dengan air.
  8. Masakkan sehingga ia pekat. Kemudian letakkan daun sup.
  9. Setelah siap, hidangkan dengan nasi putih. Sedap dimakan ketika masih panas.


    Selamat mencuba.

Sebagai seorang ibu, memasak tidak akan lari dalam jadual harian kita. Dalam blog ini, saya akan kongsikan resepi-resepi yang saya pelajari dan diubah suai mengikut cita rasa saya. Semoga anda dapat mencuba resepi ini kerana ia sangat muda untuk dimasak. Sesuai untuk para ibu dan kepada mereka yang baru hendak belajar memasak.

Sebenarnya dalam dunia yang moden ini, tiada alasan untuk tidak pandai memasak kerana segala maklumat ada di internet. Boleh tanya kepada Mr. Google dan Mr. YouTube untuk belajar memasak. Kita tidak perlu sijil untuk memasak makanan yang sedap. Yang penting kita sentiasa berusaha membuat yang terbaik, dan yang paling penting jika gagal cuba lagi.

Sekian dan terima kasih.
@arwine

Sort:  

Hai, halo @arwine! Resteem ke 7737 follower yaa.. (Sebiji kontribusi kami sebagai witness pada komunitas Steemit Indonesia.)

Terima kasih :)

Posted using Partiko Android

Nak cuba 😁, agaknya sedap.

Cubalah.. Memang sedap dan senang untuk dimasak 😁

Posted using Partiko Android

Dari bahan-bahan dan cara masak, rasanya sedap untuk dicoba
... Thanks for sharing

Ya... Memang sedap.
Thank you for stopping by :)

You’ve been upvoted by TeamMalaysia community. Here are trending posts by other TeamMalaysia authors at http://steemit.com/trending/teammalaysia

To support the growth of TeamMalaysia Follow our upvotes by using steemauto.com and follow trail of @myach

Vote TeamMalaysia witness bitrocker2020 using this link vote for witness